Tuesday, 13 March 2012

pengalaman

"STUDENT" itulah gelaran aku sekarang. bila orang tanya , "belajar dimana?" dengan bangga aku menjawab
"UKM,bangi" aku salah seorang penuntut di UKM dan mengambil jurusan dalam bidang pengurusan pentadbiran perniagaan. sekarang aku dah memasuki semester 2. banyak pengalaman yang aku lalui sepanjang aku di UKM. masa mula-mula menjejakkan kaki di UKM aku mendaftarkan diri di KOLEJ UNGKU OMAR.
ya.seperti di zaman matrikulasi.aku akan mempunyai ramai kawan di hostel dan di kampus,jadi tidak begitu hairanlah bila aku boleh mensesuaikan diri  dengan keadaan di UKM.aku mendapat rakan sebilik yang setahun lebih tua dari aku, dan belajar di fakulti pengajian islam,bidang dia,aku agak kurang pasti. dia sangat baik, berasal dari negeri kedah darul aman. dan nama dia kak aida.

tiba saat orientasi, kami melawat kawasan UKM dengan berjalan kaki. kami berjalan kaki di setiap kolej.
sehinnga kami sampai di kolej ungku omar yang bermula dari stadium. penat sangat. dan baru aku tahu yang disetiap kolej ada "CHEER" sendiri.amat menarik. kami juga melakukan senaman erobik,sangat seronok.semua orang melakukan dengan penuh semangat.dan muzik yang sangat rancak membuatkan kami tak terasa sangat penat. pada malam penutup sambutan kemerdekaan yang dilakukan di stadium dimana kami perlu berjalan kaki dari KUO  ke stadium dengan berjalan kaki dalam keadaan hujan renyai-renyai, amat jauh tapi mujur tiada siapa yang sakit.memang betul-betul semangat kemerdekaankan?tiba di stadium pelbagai persembahan yang dihidangkan kepada kami. yang paling penting sangat seronok. tiba malam dinner, aku dan ahli seketeriat yang lain ditugaskan untuk menjadi pengurus majlis, dimana kami perlu kawal semua situasi agar tidak menjadi kucar kacir dan berada dalam keadaan terkawal.

itulah serba sedikit pengalaman yang saya boleh kongsikan.nanti saya ceritakan lagi :D

byee byeee

No comments:

Post a Comment