Thursday 22 March 2012

mainan hati

hati . bersabar okay . ini semua permainan dalam hidup . tak semestinya dalam hidup semuanya indah , tak semestinya dalam hidup semuanya seronok .

hati . jangan cepat merajuk . hati , jangan cepat bawa diri . hati , jangan cepat terasa . apa yang berlaku bukan dirancang . aapa yang berlaku bukan kemahuan . hati , kuat okay ? aku tahu kau kuat . maaf sebab aku selalu biar kau dalam kemurungan .

hati . terus lah berperasaan . jangan biarkan aku menjadi seorang yang HEARTLESS .

thanks

thanks for make me happy . thanks for make me cry .

excel

 
 

ingatan senang rupanya susah . pening pening pening belajar ini excell .

jatuh dan bangun

 

hidup tak semuanya indah

manusia

sudah menjadi lumrah manusia . hanya melihat luaran dan mula menghakimi seseorang itu dengan sesuka hati . kenapa mesti begitu . tidak bolehkah jika manusia ini semuanya berfikiran postif . yang bertudung tak semestinya baik dan yang idak bertudung tak semestinya jahat .

aku punya pengalaman . barang aku hilang . barang DIA juga hilang . aku tidak bertudung dan DIA bertudung . tapi apa yang orang lain nampak bila berlaku kejadian macam ni ? mereka kata aku . mereka tuduh aku . kononnya aku yang ambil barang DIA juga barang aku sekali . apa tu ? ishh , sabar ye roro .

aku diheret ke balai . aku di soal siasat macam aku benar benar PENCURI itu , aku dapat lihat mata mereka memandang sinis terhadap aku . ya aku tahu kekurangan diri aku , aku dalam usaha untuk perbaiki diri . tak perlu rasanya untuk mereka memandang aku begitu . pada waktu itu , aku hanya berserah dan akhirnya mereka diam sendiri kerana aku tahu yang aku BENAR .

pengajaran disini , JANGAN CEpAT MENGHAKIMI ORANG LAIN BERDASARKAN FIZIKAL MEREKA , itu sangat tidak adil .

sang idaman

aku ada sang idaman . terlalu idamkan dia . tidak tahu bila dia akan berada dalam genggamanku . kau terlalu mahal sayang , sukar untuk aku mendapatkan kau . sampai bila bila pun , kau akan menjadi sang idaman aku . daripada versi ke versi , dari genersi ke generasi . i love you .

 

 

dunia.

tak semua dalam dunia ni indah , tak semua dalam dunia ni seronok . tak semua yang kita inginkan akan kita dapat dan tak semua impian yang kita impikan akan tercapai . hidup di dunia bagaikan satu pusingan roda yang lambat dan kadang kala cepat . bila kita di bawah , jangan cepat melatah , bila kita diatas , jangan cepat lupa diri .

ya , aku akui , aku bukan di tahap berada di kedudukan atas pada pusingan roda tersebut, dan pusingan roda aku terlalu lambat . tetapi , aku perlu tabah , aku perlu kuat harungi semua yang terjadi . abah dan mak selalu pesan supaya aku kuat dan tabah hadapi dugaan hidup dan itu yang aku sedang lakukan .

 

berada berjauhan dengan keluarga bukan sesuatu yang seronok sebenarnya . percayalah , ianya sunyi . sangat sunyi . kadang kala rindu terhadap keluarga membuak buak sehingga membuatkan aku lemah untuk merentasi dugaan hidup aku tapi aku tetap kuat kerana aku tahu aku tidak lemah . ya . aku tidak lemah .



assg 1

assg_baru_1 (1)

Tuesday 13 March 2012

pengalaman

"STUDENT" itulah gelaran aku sekarang. bila orang tanya , "belajar dimana?" dengan bangga aku menjawab
"UKM,bangi" aku salah seorang penuntut di UKM dan mengambil jurusan dalam bidang pengurusan pentadbiran perniagaan. sekarang aku dah memasuki semester 2. banyak pengalaman yang aku lalui sepanjang aku di UKM. masa mula-mula menjejakkan kaki di UKM aku mendaftarkan diri di KOLEJ UNGKU OMAR.
ya.seperti di zaman matrikulasi.aku akan mempunyai ramai kawan di hostel dan di kampus,jadi tidak begitu hairanlah bila aku boleh mensesuaikan diri  dengan keadaan di UKM.aku mendapat rakan sebilik yang setahun lebih tua dari aku, dan belajar di fakulti pengajian islam,bidang dia,aku agak kurang pasti. dia sangat baik, berasal dari negeri kedah darul aman. dan nama dia kak aida.

tiba saat orientasi, kami melawat kawasan UKM dengan berjalan kaki. kami berjalan kaki di setiap kolej.
sehinnga kami sampai di kolej ungku omar yang bermula dari stadium. penat sangat. dan baru aku tahu yang disetiap kolej ada "CHEER" sendiri.amat menarik. kami juga melakukan senaman erobik,sangat seronok.semua orang melakukan dengan penuh semangat.dan muzik yang sangat rancak membuatkan kami tak terasa sangat penat. pada malam penutup sambutan kemerdekaan yang dilakukan di stadium dimana kami perlu berjalan kaki dari KUO  ke stadium dengan berjalan kaki dalam keadaan hujan renyai-renyai, amat jauh tapi mujur tiada siapa yang sakit.memang betul-betul semangat kemerdekaankan?tiba di stadium pelbagai persembahan yang dihidangkan kepada kami. yang paling penting sangat seronok. tiba malam dinner, aku dan ahli seketeriat yang lain ditugaskan untuk menjadi pengurus majlis, dimana kami perlu kawal semua situasi agar tidak menjadi kucar kacir dan berada dalam keadaan terkawal.

itulah serba sedikit pengalaman yang saya boleh kongsikan.nanti saya ceritakan lagi :D

byee byeee