Sunday 10 June 2012

lama dah . sangat lama . lama dah weyy . lama sudah tak tulis apa apa kat sini . ape je yang aku mampu nak tulis . sekejap . sedang menumpul idea . yessss . sekejap lagi lah . byee

Wednesday 23 May 2012

sahabat

Dalam hidup ini akan ada dua perkara yang tak boleh lari daripada minda dan fikiran kita, iaitu keluarga dan kawan. Di situlah kebanyakan punca masalah korang berlaku. Bertekak dengan keluarga sehingga lari daripada rumah, bertekak dengan kawan-kawan sehingga bergaduh, bertumbuk. Tapi perkara-perkara inilah yang akan menyebabkan korang ingat sehingga hujung nyawa.
Kawan.Semua orang ada kawan dan aku percaya, ramai (termasuk aku) yang masih tercari-cari kawan yang benar-benar korang sayang atau bahasa mudahnya, kawan karib. Bukan mudah untuk mencari seorang kawan yang benar-benar boleh dipercayai kerana bukan semua orang ikhlas untuk berkawan. Ada sesetengah manusia ini hanya mahu berkawan kerana kepentingan mereka. Sebagai contoh, korang adalah blogger popular, maka beraturlah orang yang request nak jadi kawan korang kat facebook.Bila buat status,maka beratuslah yang komen.Sebab apa?Sebab semua nak berbangga jadi kawan kepada blogger terkenal.Tapi cuba fikir balik siapa diri korang sebelum jadi popular.Ada diorang kesah?Sewaktu korang post status,berapa kerat je yang komen? Apa yang aku cuba sampaikan kat sini, korang cubalah hargai kawan korang yang ada disekeliling korang sekarang. Bukan susah untuk menghargai kawan, beli pizza lepas tu makan ramai-ramai pun dah dikira baik. Jangan berkira sangat pasal duit.Duit tak mampu beli kawan!Korang kena ingat,suatu hari nanti,bila korang dah tua,duduk diatas kerusi roda,bila dapat berita kawan-kawan korang meninggal, apa yang korang fikirkan? KENANGAN BERSAMA KAWAN-KAWAN! Ada korang tunjukkan penghargaan korang kat kawan-kawan? Jadi ingatlah, duit tak mampu beli kawan. Biarkan saja walaupun orang tak suka korang belanja kawan untuk menunjukkan korang menghargai. Tapi apa yang penting, korang ada rasa bahagia bila duduk dengan kawan, dapat gelak sesama, menangis sesama, sebelum mereka berjauhan dengan korang...Walaupun mereka datang sekejap, mereka pernah mengisi ruang dalam memori korang..

4o ciri tentang lelaki yang perempuan harus tahu :P

1. Lelaki tidak benar-benar memilih gadis yang cantik. Mereka lebih suka gadis yang pembersih dan kemas. 2. Lelaki benci kekasih di'ngurat' 3. Seorang lelaki boleh suka anda untuk seminit, dan kemudian melupakan anda. 4. Ketika seorang lelaki berkatadia tidak memahami anda, itu hanya bermakna anda tidak berfikir seperti dia. 5. "Awak buat apa tu? " atau " Awak dah makan? "adalah soalan biasa pertama seorang lelaki bertanya di telefon hanya 6. untuk mengelakkan gagap. 7. Mungkin lelaki mengurat sepanjang hari tapi sebelum mereka pergi tidur, mereka selalu berfikir tentang gadis yang 8. benar-benar mereka sayang. 9. Ketika seorang lelaki benar-benar menyukai anda, dia akan mengabaikan semua perangai buruk anda. 10. Lelaki cair bila melihat senyuman gadis. 11. Lelaki akan melakukan apa saja hanya untuk mendapatkan perhatian gadis itu. 12. Lelaki benci kalau anda berbicara tentang bekas teman lelaki anda. 13. Apabila lelaki berhasrat ingin bertemu orang tua anda. Biarkan mereka. ... Jangan harap.. 14. Lelaki juga boleh menangis! 15. Jangan mengapi-ngapikan seorang lelaki. Percayalah. Dia akan mengamuk walaupun dia nerd sekalipun.

rahsia di sebalik kejayaan orang yang tidak sembahyang

salam , ini aku tterbaca di FB jadi aku nak kongsi kan dengan korang . Kita tahu bahawa ilmu itu cahaya, dan tidak akan memasuki hati-hati yang gelap, tetapi kita lihat, kawan kita yang berjudi, yang minum arak, boleh berjaya pula, sedangkan kita terkial-kial walaupun sudah berusaha. Kita tahu bahawa, siapa yang berbuat baik, taat kepada ALLAH akan dipermudahkan jalan kehidupannya, tetapi kita lihat, kawan kita ini tidak solat, tetapi bisnesnya menjadi, kita pula hidup dengan penuh cabaran dan duga. Kita juga tahu bahawa, ISLAM ini agama yang benar, tetapi kita sering melihat orang-orang yang bukan ISLAM itu lebih berjaya, dan ummat ISLAM tertindas dalam kehidupan sempit lagi derita. Orang bertanya kepada saya. Kenapa begitu? Sekarang ini, yang manakah benar? Adakah kita faham selama ini tidak benar? Maka saya hendak bertanya kepada anda. Adakah anda tahu apa itu istidraj? Istidraj ini adalah satu kalimah, yang sering menunjuk kepada keadaan seseorang itu yang terus dilimpahkan rezeki dan kejayaan yang melimpah ruah dalam kehidupannya, walaupun dia bukan hamba ALLAH yang taat, malah seorang pembuat maksiat yang tegar. Kenapa mereka ini dinamakan manusia yang mendapat istidraj? Apakakah maksud istidraj? Istidraj adalah, apabila ALLAH memberikan kejayaan, harta kekayaan, rezeki yang melimpah ruah untuk manusia itu menjadi lebih jauh dariNya. Biasanya, manusia yang mendapat istidraj ini adalah mereka yang tidak berusaha menjalankan ISLAM dalam kehidupan, juga tidak berusaha mengenali ALLAH SWT. Contoh manusia yang mendapat istidraj ini banyak. Kita lihat contoh yang mudah. Qarun. Apakah anda kenal kepada Qarun? Dia ini adalah seorang manusiayang teramat kaya. Diriwayatkan bahawa, kotak yang mengisi kunci kepada gedung-gedung perbendaharaannya tidak mampu diangkat oleh orang-orang yang kuat. Hal ini hendak menyatakan betapa kayanya dia. Kisah Qarun terdapat di dalam Al-Quran. Hartanya melimpah ruah. Segala perniagaannya menjadi. Segala pelaburannya mengembang. Hartanya makin hari makin bertambah, sedang yang bertambah semalam tidak pula luak digunakan. Tetapi bila Nabi Musa cuba mengingatkannya berkenaan semua kekayaannya itu datang daripada ALLAH, maka Qarun dengan angkuh menjawab, “ Tidak, semua ini adalah hasil dari ilmuku” Lihat. Lihat apa kata Qarun. Tidak, semua ini adalah hasil dari… ILMUKU. Dia nyata semakin jauh dari ALLAH, walaupun kekayaannya menjadi, rezekinya melimpah ruah dan sebagainya. Dia saban waktu memperlekehkan pengikut-pengikut nabi Musa yang terdiri dari orang miskin dan hamba. Apakah pengakhiran Qarun? Dia akhirnya ditenggelamkan ALLAH ke dalam bumi dengan seluruh hartanya. Kisah ini terdapat di dalam Al-Quran. Nah… Apakah itu yang kita mahu? Sebab itulah, saya hendak mengajak saudara-saudari berfikir, apakah yang akan timbul di dalam hati kalian apabila kalian ini jenis yang melazimi dosa-dosa, melakukan maksiat, kemudian kalian berjaya di dalam peperiksaan atau perniagaan. Apakah yang agaknya akan timbul dalam jiwa kalian? Saya yakin, 99% akan merasa begini, “ Tengok, aku tak solat pun berjaya. Siapa kata solat tu bawa kejayaan?” Apakah yang akan terjadi kepada anda ketika itu? Anda berjaya, tetapi anda semakin jauh dari ALLAH. Itulah istidraj. Maka jangan gusar bila tidak berjaya. Cuba lagi. Hubungan keimanan anda dengan ALLAH itulah yang pertama sekali perlu anda perhatikan. Jika anda berjaya membina hubungan keimanan yang baik, insyaALLAH, datanglah badai apa sekalipun, anda akan mampu melaluinya. Sebenarnya ALLAH suka menguji hamba-hambaNya yang beriman. Terdapat satu kisah yang saya suka baca ketika saya masih kecil. Terdapat dua orang nelayan. Seorang penyembah berhala, dan seorang lagi muslim yang taat kepada ALLAH. Ketika menebar jala, yang menyembah berhala menyebut nama berhalanya, manakala yang muslim membaca bismillah. Bila jala diangkat, yang menyembah berhala mendapat banyak ikan, manakala yang muslim, hampir sahaja tiada ikan untuknya pada hari itu. Malaikat yang melihat keadaan itu bertanya kepada ALLAH. “ Ya ALLAH, apakah yang telah berlaku? HambaMu yang menyekutukanMu, KAU berikan dia rezeki yang banyak, sedangkan hambaMu yang menyebut namaMu, KAU tidak memberikan DIA apa-apa” ALLAH menjawab, “ Yang menyekutukanKu, tempatnya memang sudah pasti NERAKA. Maka apalah sangat rezeki yang pasti akan hancur itu jika Kuberikan kepadaNya? Tetapi HambaKu yang beriman itu, AKU hendak mengganjarkanNya syurga, maka AKU suka mengujinya untuk melihat kebenaran imanNya” Nah, jangan anda kecewa bila diuji, tidak berjaya di dalam peperiksaan walau sudah studi, gagal dalam perniagaan walau kemas menyusun strategi. Itu semua adalah sebahagian dari ujian ALLAH. ALLAH menguji hanya untuk mereka yang dikasihi. Bukankah ALLAH SWT ada berfirman, “ Apakah kamu mengira KAMI akan membiarkan kamu berkata kami beriman sedangkan kamu belum diuji?…” Jika gagal terhadap satu-satu perkara, itu perkara itu. Anda masih belum gagal dalam kehidupan. Teruskan usaha, selagi nyawa masih ada. InsyaALLAH ALLAH akan memberikan sesuatu yang bermakna kepada anda. Bersangka baiklah kita kepada PENCIPTA kita. Maka sebenarnya, bila hidup kita digegarkan dengan masalah, hendaklah kita rasa bersyukur. Tandanya, ALLAH masih lagi dekat dengan kita. Ujian adalah tanda kasih sayang dan perhatianNya kepada kita. Mustahil anda suka senang sebentar di dunia, di akhirat yang kekal abadi nanti anda merana. Anda mahukan istidraj? Saya yakin tidak.. Anda tenang sekarang? Anda wajib untuk tidak berasa tenang jika anda berbuat dosa, dan anda berjaya. Sebab itulah, muhasabah diri itu penting. Untuk kita sentiasa periksa bagaimanakah hubungan kita dengan ALLAH SWT. Aku berdosa, tetapi aku berjaya…. Berhati-hatilah kita agar jangan sampai lafaz itu, atau lafaz-lafaz yang membawa maksud serupa itu terkeluar dari mulut kita. ::oleh itu , mari kita sama sama duduk dan bermuhasabah semula .

tahi lalat

salam . mesti semua orang ada tahi lalat pada badan atau muka kan ? pasti akan ada satu kat mana mana pun lah , asal kan ada . so nak tahu rahsia di sebalik tahi lalat korang ? jomm (: Rahsia Tahi Lalat Pada Bibir atas kanan - Banyak rezeki, pandai Rahsia Tahi Lalat Pada Bibir atas kiri - Ramai kawan, baik hati Rahsia Tahi Lalat Pada Bibir bawah kanan - Disegani orang, ramai yang suka Rahsia Tahi Lalat Pada Bibir bawah kiri - Pandai bicara, tak mudah kalah Rahsia Tahi Lalat Pada Leher kanan - Cerdas, jujur, berani menderita Rahsia Tahi Lalat Pada Leher kiri - Cerdas dalam segala hal dan banyak pengetahuan Rahsia Tahi Lalat Pada Leher di tengah - Tercapai cita-cita Rahsia Tahi Lalat Pada Biji mata kanan - Suka serong dan pembohong Rahsia Tahi Lalat Pada Biji mata kiri - Pembohong tetapi baik hati Rahsia Tahi Lalat Pada Hujung mata kanan - Baik hati, sopan santun, cerdas Rahsia Tahi Lalat Pada Hujung mata kiri - Baik budi, murah rezeki Rahsia Tahi Lalat Pada Punggung kanan - Agak mengalami kesulitan Rahsia Tahi Lalat Pada Punggung kiri - Malas dan suka duduk Rahsia Tahi Lalat Pada Betis kanan - Suka berhibur, boros Rahsia Tahi Lalat Pada Betis kiri - Rajin, tidak suka menganggur Rahsia Tahi Lalat Pada Lutut kanan - Bersikap tidak peduli dan tidak mahu berusaha Rahsia Tahi Lalat Pada Lutut kiri - Kurang kuat berusaha Rahsia Tahi Lalat Pada Kepala sebelah kanan - Terkabul cita-cita Rahsia Tahi Lalat Pada Kepala sebelah kiri - Sering menemui kesusahan Rahsia Tahi Lalat Pada Kepala sebelah belakang - Jujur, sabar dan tekun Rahsia Tahi Lalat Pada Kening kanan - Cerdas dan cekap Rahsia Tahi Lalat Pada Kening kiri - Cerdas dan sopan santun Rahsia Tahi Lalat Pada Tengah kening - Keras hati dan berani segala hal Rahsia Tahi Lalat Pada Hujung mulut kanan - Kecil rezeki, tak mudah kalah setakat ni je yang boleh aku kongsikan . so , cepat cepat lah check kat mana tahi lalat korang tu :P

Monday 2 April 2012

power point assg

Applikasi Komputer Power Kamehameha

video power point assg (:




happy birthday EZ

selamat hari lahir EZ . semoga umur yang semakin tua dapat buat kau lebih matang . kalau hari tu aku hadiahkan kau perfume , hari ni aku nak selitkan hari ketuaan kau dalam blog aku . aku cuma mahu kau tersenyum .

selamat hari lahir EZ , terima kasih kerana jadi teman suka duka aku . maaf kerana kadang  kala kau terpaksa berhadapan dengan kemarahan dan keegoan aku . terima kasih kerana setia berada di sisi aku dari dulu hingga kini dan aku doakan hubungan ni berpanjangan .

selamat hari lahir EZ , semakin tua umur kau , semakin matang . itu yang aku harapkan . jangan jadi bendul lagi , jangan cepat diperbodohkan orang . berfikir 2 kali sebelum membuat apa apa , dan jika perlu 3 kali fikir .

aku sayang kau , EZ


Thursday 22 March 2012

mainan hati

hati . bersabar okay . ini semua permainan dalam hidup . tak semestinya dalam hidup semuanya indah , tak semestinya dalam hidup semuanya seronok .

hati . jangan cepat merajuk . hati , jangan cepat bawa diri . hati , jangan cepat terasa . apa yang berlaku bukan dirancang . aapa yang berlaku bukan kemahuan . hati , kuat okay ? aku tahu kau kuat . maaf sebab aku selalu biar kau dalam kemurungan .

hati . terus lah berperasaan . jangan biarkan aku menjadi seorang yang HEARTLESS .

thanks

thanks for make me happy . thanks for make me cry .

excel

 
 

ingatan senang rupanya susah . pening pening pening belajar ini excell .

jatuh dan bangun

 

hidup tak semuanya indah

manusia

sudah menjadi lumrah manusia . hanya melihat luaran dan mula menghakimi seseorang itu dengan sesuka hati . kenapa mesti begitu . tidak bolehkah jika manusia ini semuanya berfikiran postif . yang bertudung tak semestinya baik dan yang idak bertudung tak semestinya jahat .

aku punya pengalaman . barang aku hilang . barang DIA juga hilang . aku tidak bertudung dan DIA bertudung . tapi apa yang orang lain nampak bila berlaku kejadian macam ni ? mereka kata aku . mereka tuduh aku . kononnya aku yang ambil barang DIA juga barang aku sekali . apa tu ? ishh , sabar ye roro .

aku diheret ke balai . aku di soal siasat macam aku benar benar PENCURI itu , aku dapat lihat mata mereka memandang sinis terhadap aku . ya aku tahu kekurangan diri aku , aku dalam usaha untuk perbaiki diri . tak perlu rasanya untuk mereka memandang aku begitu . pada waktu itu , aku hanya berserah dan akhirnya mereka diam sendiri kerana aku tahu yang aku BENAR .

pengajaran disini , JANGAN CEpAT MENGHAKIMI ORANG LAIN BERDASARKAN FIZIKAL MEREKA , itu sangat tidak adil .

sang idaman

aku ada sang idaman . terlalu idamkan dia . tidak tahu bila dia akan berada dalam genggamanku . kau terlalu mahal sayang , sukar untuk aku mendapatkan kau . sampai bila bila pun , kau akan menjadi sang idaman aku . daripada versi ke versi , dari genersi ke generasi . i love you .

 

 

dunia.

tak semua dalam dunia ni indah , tak semua dalam dunia ni seronok . tak semua yang kita inginkan akan kita dapat dan tak semua impian yang kita impikan akan tercapai . hidup di dunia bagaikan satu pusingan roda yang lambat dan kadang kala cepat . bila kita di bawah , jangan cepat melatah , bila kita diatas , jangan cepat lupa diri .

ya , aku akui , aku bukan di tahap berada di kedudukan atas pada pusingan roda tersebut, dan pusingan roda aku terlalu lambat . tetapi , aku perlu tabah , aku perlu kuat harungi semua yang terjadi . abah dan mak selalu pesan supaya aku kuat dan tabah hadapi dugaan hidup dan itu yang aku sedang lakukan .

 

berada berjauhan dengan keluarga bukan sesuatu yang seronok sebenarnya . percayalah , ianya sunyi . sangat sunyi . kadang kala rindu terhadap keluarga membuak buak sehingga membuatkan aku lemah untuk merentasi dugaan hidup aku tapi aku tetap kuat kerana aku tahu aku tidak lemah . ya . aku tidak lemah .



assg 1

assg_baru_1 (1)

Tuesday 13 March 2012

pengalaman

"STUDENT" itulah gelaran aku sekarang. bila orang tanya , "belajar dimana?" dengan bangga aku menjawab
"UKM,bangi" aku salah seorang penuntut di UKM dan mengambil jurusan dalam bidang pengurusan pentadbiran perniagaan. sekarang aku dah memasuki semester 2. banyak pengalaman yang aku lalui sepanjang aku di UKM. masa mula-mula menjejakkan kaki di UKM aku mendaftarkan diri di KOLEJ UNGKU OMAR.
ya.seperti di zaman matrikulasi.aku akan mempunyai ramai kawan di hostel dan di kampus,jadi tidak begitu hairanlah bila aku boleh mensesuaikan diri  dengan keadaan di UKM.aku mendapat rakan sebilik yang setahun lebih tua dari aku, dan belajar di fakulti pengajian islam,bidang dia,aku agak kurang pasti. dia sangat baik, berasal dari negeri kedah darul aman. dan nama dia kak aida.

tiba saat orientasi, kami melawat kawasan UKM dengan berjalan kaki. kami berjalan kaki di setiap kolej.
sehinnga kami sampai di kolej ungku omar yang bermula dari stadium. penat sangat. dan baru aku tahu yang disetiap kolej ada "CHEER" sendiri.amat menarik. kami juga melakukan senaman erobik,sangat seronok.semua orang melakukan dengan penuh semangat.dan muzik yang sangat rancak membuatkan kami tak terasa sangat penat. pada malam penutup sambutan kemerdekaan yang dilakukan di stadium dimana kami perlu berjalan kaki dari KUO  ke stadium dengan berjalan kaki dalam keadaan hujan renyai-renyai, amat jauh tapi mujur tiada siapa yang sakit.memang betul-betul semangat kemerdekaankan?tiba di stadium pelbagai persembahan yang dihidangkan kepada kami. yang paling penting sangat seronok. tiba malam dinner, aku dan ahli seketeriat yang lain ditugaskan untuk menjadi pengurus majlis, dimana kami perlu kawal semua situasi agar tidak menjadi kucar kacir dan berada dalam keadaan terkawal.

itulah serba sedikit pengalaman yang saya boleh kongsikan.nanti saya ceritakan lagi :D

byee byeee

Sunday 26 February 2012

Tentang Dhia

Assalamualaikum .

Bukanlah tentang dhia sangat , tapi tentang saya , tentang diri saya , ya , tentang roro ramli . Nama diberi Rozilawati , roro for short . senang kan ? daripada belit belit lidah nak sebuh panjang panjang . simple . just roro (: tapi itu pun ada yang belit jugak nak sebut .

I am officialy 20 this year . wah , rasa tua sangat dah masuk 20-an tapi bak kata ehem ehem saya , 20-an tu matang . kan ? matang ke saya . boleh laa :D  Saya orang kuala selangor , yesss berceruk jugak laa tempat saya tu , jauh hujung selangor sana . sangat jauh nak balik sana .