ya , aku akui , aku bukan di tahap berada di kedudukan atas pada pusingan roda tersebut, dan pusingan roda aku terlalu lambat . tetapi , aku perlu tabah , aku perlu kuat harungi semua yang terjadi . abah dan mak selalu pesan supaya aku kuat dan tabah hadapi dugaan hidup dan itu yang aku sedang lakukan .
berada berjauhan dengan keluarga bukan sesuatu yang seronok sebenarnya . percayalah , ianya sunyi . sangat sunyi . kadang kala rindu terhadap keluarga membuak buak sehingga membuatkan aku lemah untuk merentasi dugaan hidup aku tapi aku tetap kuat kerana aku tahu aku tidak lemah . ya . aku tidak lemah .
No comments:
Post a Comment